Tuesday, April 18, 2006

Tak cukup apa yang ada di dalam EPF !

Dalam masa-masa terluang kat ofis aku tur, sempat jugak aku membaca sedikit... Buku yang aku baca sekarang iniuntuk menambah ilmu di dada ialah "Retire Rich" yang di tulis oleh Azizi Ali. Ini adalah buku beliau yang terbaru.



Mahal sikit bukunya kali ini sebab dalam hardcover... tapi aku rasa AMAT BERBALOI terutama kepada anda yang sudah mula memikirkan tentang masa depan anda dan keluarga.

Baru jer masuk ke chapter 6 yang bertajuk "4 Pillars of Retirement Savings". Bila aku baca dalam mukasurat 37, aku amat terkejut dengan FAKTA-FAKTA yang di berikan.

Pada penghujung tahun 2004, 95.6% pencarum EPF mempunyai kurang daripada RM100,000 di dalam akaun epf mereka. DAN,90.7% SEBENARNYA mempunyai kurang daripada RM60,000. DAN 58.3% mempunyai simpanan epf kurang daripada RM10,000.

Alamak ! Inikah yang kita sangka CUKUP untuk menyara kehidupan di masa tua kita ? Separuh daripada pencarum epf adalah dari golongan yang berpendapatan amat rendah dan cuma ada RM10,000 jer dalam epf.

Jadi seperti apa yang di tulis di dalam buku tersebut, sebenarnya apa yang ada di dalam akaun epf anda, adalah tidak cukup untuk menampung kehidupan anda di masa tua nanti....

Dan tidak mustahil ianya akan habis dapat masa yang singkat sahaja......

Tidakkah perlunya untuk anda bertindak dan mula memikirkan strategi menabung dan melabur untuk masa depan anda?

Fikirkan lah.... wahai teman....

Wassalam.

K.Aza

PERCUMA CD interaktif merancang masa depan PERSARAAN anda dan PERSEKOLAHAN anak-anak anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.....

No comments: